Tarikh : 28 Mei 2011
Masa : 8.45 hingga 9.45
Kelas : 5 Anggun
Bil murid : 30 orang
Tajuk : Tenaga elektrik.
Objektif pembelajaran :
2.2, Memahami litar bersiri dan litar selari.
Hasil pembelajaran: Di akhir pembelajaran dan pengajaran murid dapat:-
1. Membina litar bersiri dan litar selari
2. Membanding kecerahan mentol dalam litar selari dan bersiri.
Abm : mentol,beteri, wayar,suis,pemegang bateri dan lampu suluh.
Fasa / masa
|
Aktiviti
|
Isi kandungan
|
Fasa 1.
Set induksi
5 minit.
|
· Guru meminta seorang murid untuk membuka dan menutup suiz lampu suluh.
· Guru bersoaljawab dengan murid untuk merangsang idea murid berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.
Soalan:-
1. Apa yang kamu perhatikan apabila suiz lampu suluh dibuka ?
2. Kenapa mentol menyala?
|
Nyalaan lampu suluh.
|
Fasa 2.
Pencetusan idea.
10 minit.
|
Guru menunjukkan 2 gambarajah litar, selari dan besiri lalu mengemukakan soalan :-
1. Apa perbezaan yang kamu Nampak pada 2 gambarajah ini ?
2. Mentol manakah nyalaannya lebih terang ?
|
Gambarajah litar.
Gambar A( Selari )
Gambar B ( Bersiri )
|
Fasa 3
Penstrukturan semula idea
15 minit
|
· Guru menerangkan litar selari dan litar bersiri.
· Murid diagihkan kepada 6 kumpulan.
· Guru mengedarkan bahan kepada setiap kumpulan.
· Guru membimbing murid membina litar bersiri dan litar selari.
|
Mengeksperimen litar bersiri dan litar selari.
|
Fasa 4.
Aplikasi idea.
20 minit.
|
Murid mengakses aktiviti 1 dan 2 di laman blog.
|
Menjawab soalan kuiz.
|
Fasa 5
Refleksi
10 minit
|
Guru berbincang jawapan dan membuat kesimpulan.
|
laman blog
|
No comments:
Post a Comment