Tuesday, 7 June 2011

RPH Sains Tahun 5


Tarikh             : 28 Mei 2011
Masa              : 8.45 hingga 9.45
Kelas              : 5 Anggun
Bil murid       : 30 orang

Tajuk  : Tenaga  elektrik.
Objektif  pembelajaran :
 2.2, Memahami  litar  bersiri  dan  litar  selari.

Hasil  pembelajaran: Di  akhir  pembelajaran  dan  pengajaran  murid  dapat:-
1.     Membina  litar  bersiri dan  litar  selari
2.     Membanding  kecerahan  mentol  dalam  litar  selari  dan  bersiri.

Abm : mentol,beteri, wayar,suis,pemegang  bateri dan lampu suluh.





Fasa / masa

Aktiviti

Isi  kandungan


Fasa 1.
Set  induksi
5 minit.

·        Guru meminta seorang murid untuk membuka dan menutup suiz lampu suluh.
·        Guru  bersoaljawab dengan murid untuk merangsang idea  murid berkaitan dengan tajuk yang akan diajar.
Soalan:-
1.      Apa yang kamu perhatikan apabila suiz lampu suluh dibuka ?
2.      Kenapa mentol menyala?



Nyalaan  lampu suluh.


Fasa 2.
Pencetusan idea.
10 minit.




Guru menunjukkan 2 gambarajah litar, selari dan besiri lalu mengemukakan soalan :-
1.      Apa perbezaan yang kamu Nampak pada 2 gambarajah ini ?
2.      Mentol manakah  nyalaannya lebih terang ?



Gambarajah litar.
Gambar A( Selari )
Gambar B ( Bersiri )


Fasa 3
Penstrukturan semula idea
15 minit

·        Guru menerangkan litar selari dan litar bersiri.
·        Murid diagihkan kepada 6 kumpulan.
·        Guru mengedarkan bahan kepada setiap kumpulan.
·        Guru membimbing murid membina litar bersiri dan litar selari.


Mengeksperimen litar bersiri dan litar selari.

Fasa 4.
Aplikasi idea.
20 minit.


Murid mengakses aktiviti 1 dan 2 di laman blog.

Menjawab soalan kuiz.


Fasa 5
Refleksi
10 minit

Guru berbincang jawapan dan membuat kesimpulan.


laman blog




No comments:

Post a Comment

Post a Comment